suria

Ahmad Said Kekal MB Terengganu Penggal Kedua

Datuk Seri Ahmad Said
 Datuk Seri Ahmad Said
Datuk Seri Ahmad Said

KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Ahmad Said kekal sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua selepas mendapat perkenan daripada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

Ahmad, 56, menghadap Sultan Terengganu di Istana Badariah pada pukul 4.25 petang, selepas mendapat surat pelantikan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebelum itu.

Majlis angkat sumpah jawatan akan diadakan serentak dengan majlis angkat sumpah exco kerajaan negeri dalam tempoh beberapa hari lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Lain