suria

Abdul Hadi Sokong Khalid Ibrahim Kekal MB Selangor

Datuk Seri Abdul Hadi Awang
 Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Datuk Seri Abdul Hadi Awang

MARANG: PAS mahu anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata walaupun PKR hanya menang 14 kerusi DUN berbanding PAS dan DAP (masing-masing 15 kerusi), PAS membuat keputusan Khalid harus terus menjadi Menteri Besar Selangor. "Saya dah berbincang dengan PAS Selangor supaya Menteri Besar dari PKR dikekalkan di Selangor.

"Kita mahu tunjukkan bahawa pakatan rakyat boleh memerintah negeri secara kolektif," katanya ketika berucap dalam ceramah perdana di Rusila.

Abdul Hadi berkata beliau telah menulis serta menandatangani surat persetujuan berhubung perkara itu untuk diserah kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mengenai pelantikan wakil rakyat PAS dalam barisan exco negeri Selangor, Abdul Hadi berkata beliau menyerahkan kepada PAS Selangor untuk berbincang dengan parti sekutunya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain