suria

Tiga Ditahan Ketika Cuba Curi Kabel Di Tawau

TAWAU: Tiga individu ditahan oleh Polis Bantuan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) ketika cuba mencuri kabel dan peralatan elektrik di sebuah stesen pencawang Jalan Tawau Lama di sini, Ahad lepas.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB Ir Ahmad Fuad Kasim berkata ketiga-tiga suspek itu telah diserah kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Pencawang berkenaan sedang dalam pembinaan untuk menyalurkan bekalan elektrik ke sekolah di kawasan itu," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Ahmad Fuad berkata ekoran kejadian itu pihaknya mengalami kerugian kira-kira RM15,000. - BERNAMA

Artikel Lain