suria

Tanpa Notis 10 Hari, Polis Klasifikasikan Himpunan di Stadium Kelana Jaya Sebagai Haram

PETALING JAYA: Tanpa notis 10 hari lebih awal, polis mengklasifikasikan himpunan yang akan diadakan oleh pakatan pembangkang di Stadium Kelana Jaya pada malam Rabu sebagai perhimpunan haram.

Ketua Polis Selangor, Timbalan Komisioner Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata walaupun pihak penganjur mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan stadium untuk menggunakan kemudahan di situ, mereka masih perlu memaklumkan mengenai himpunan tersebut kepada pihak polis.

Beliau berkata tindakan tersebut tidak mengikut Akta Perhimpunan Aman (PPA) 2012.

"Di bawah PAA, piha penganjur perlu memaklumkan kepada polis, 10 hari lebih awal sebelum mengadakan apa-apa himpunan.

"Ini bagi membolehkan pihak polis mendapatkan maklum balas daripada penduduk di kawasan tersebut dan mengerakkan tenaga kerja untuk mengawal keselamatan serta memastikan trafik berjalan lancar," katanya kepada The Star.

Beliau berkata mengadakan himpunan di tempat awam tanpa kebenaran merupakan satu perkara yang tidak adil kepada penduduk kerana mereka tidak diberitahu lebih awal.

"Kaedah yang terbaik adalah menangguhkan himpunan tersebut untuk tempoh 10 hari lagi namun pihak penganjur enggan berbuat demikian," katanya.

Bagaiamanapun, Tun Hisan berkata pihak polis akan menggelakkan sebarang konfrontasi dengan pihak penganjur mahupun peserta selari dengan hak mengadakan perhimpunan secara aman.

"Kami akan mengumpulkan maklumat dan membuat kajian sama tindakan boleh diambil terhadap pihak penganjur atau peserta," katanya.

Pada Isnin, portal berita online, melaporkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata himpunan besar-besaran akan diadakan di stadium di sini dan beliau dijangka menyampaikan ucapan kepada rakyat Malaysia buat pertama kali selepas pilihan raya umum diadakan.

Artikel Lain