suria

Malaysia Perlu Ada Wakil Cina Dalam Kerajaan - Dr Mahathir

PUTRAJAYA: Pembentukan sebuah kerajaan tanpa wakil daripada kaum Cina tidak elok untuk negara berbilang kaum seperti Malaysia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa.

Beliau berkata, keputusan MCA yang tidak mahu sebarang jawatan di peringkat persekutuan dan negeri meletakkan Barisan Nasional (BN) dalam keadaan yang sukar.

Beliau mempersoalkan siapa akan mewakili kaum cina dalam kerajaan, jika tidak MCA sebagai salah satu parti komponen BN.

"Adakah kita lupa mengenai mereka (MCA) sama sekali atau adakah kita mencari orang lain?

"Hakikatnya masih sama terdapat segelintir kaum cina menyokong kerajaan oleh itu mereka (MCA) memenangi tujuh kerusi Parlimen.

"Jika tiada kaum Cina dalam kerajaan, situasi itu tidak elok untuk negara kerana kita sama-sama percaya perkongsian kuasa antara kaum" kata bekas Perdana Menteri itu.

Artikel Lain