suria

Jawatan MB Selangor Jadi Rebutan

Tan Sri Khalid Ibrahim dan Azmin Ali antara dua nama yang disebut-sebut bakal menjadi Menteri Besar Selangor
 Tan Sri Khalid Ibrahim dan Azmin Ali antara dua nama yang disebut-sebut bakal menjadi Menteri Besar Selangor
Tan Sri Khalid Ibrahim dan Azmin Ali antara dua nama yang disebut-sebut bakal menjadi Menteri Besar Selangor

SHAH ALAM: Sehari selepas Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan Selangor dengan majoriti lebih besar, dua kumpulan didakwa berkelahi dalam usaha menentukan siapa yang layak menjadi Menteri Besar.

Penyandang jawatan tersebut, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan berhadapan dengan cabaran daripada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali yang tidak pernah menafikan hasratnya untuk mendapatkan jawatan berkenaan.

Sementara beberapa menteri besar negeri lain sudahpun mengangkat sumpah jawatan masing-masing, Abdul Khalid masih menunggu keputusan pimpinan Pakatan Rakyat untuk menentukan siapa yang akan mengetuai Dewan Undangan Negeri Selangor.

Situasi menjadi lebih rumit apabila PKR memperoleh kerusi yang paling sedikit di antara parti komponen Pakatan Rakyat iatu 14 kerusi, sementara PAS dan DAP masing-masing berjaya memenangi 15 kerusi.

"Keputusan (siapa akan dilantik sebagai menteri besar) akan dibuat oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat dalam tempoh seminggu,” katanya ketika ditanya sama ada beliau akan kekal sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua berturut-turut. Abdul Khalid berkata siapa juga calon yang dipilih perlu mendapat perkenan Sultan Selangor.

Azmin telah beberapa kali membuat spekulasi beliau bakal menggantikan Abdul Khalid. Abdul Khalid berkata Pakatan Rakyat akan mengadakan majlis kesyukuran bagi meraikan kejayaan mereka mengekalkan Selangor pada Khamis di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Sementara itu, Azmin berkata beliau menyerahkan kepad Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat untuk menentukan siapa yang akan dilantik sebagai menteri besar.

Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor berkata: "Isu ini akan dibincangkan dalam mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat dalam beberapa hari lagi.

"Buat masa sekarang, saya tidak mahu buat sebarang kesimpulan."

Artikel Lain