suria

SPR Nafi Peti Undi Parlimen Putrajaya Tercicir

PUTRAJAYA: Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata proses pengiraan dan penjumlahan undi disaksikan pemerhati terdiri daripada ejen parti politik dan agensi antarabangsa.

Beliau sekali gus menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa peti undi di Putrajaya tercicir.

"Terlalu banyak cerita tidak benar yang disebarkan melalui media sosial. Proses penjumlahan juga berjalan lancar. Kenapa mereka-reka cerita," katanya pada sidang media di ibu pejabat SPR di sini.

Wan Ahmad turut menafikan kononnya ejen untuk pengiraan undi di Lembah Pantai dihalau ketua tempat mengundi selepas ditutup.

Beliau berkata dakwaan sedemikian hanyalah bertujuan memfitnah dan memburukkan imej SPR. -BERNAMA

Artikel Lain