suria

Reezal Kekalkan Legasi Pak Lah Di Kepala Batas

KEPALA BATAS: Datuk Reezal Merican Naina Merican mengekalkan legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan mengekalkan kerusi P.041 KEPALA BATAS di tangan Barisan Nasional (BN) dengan kemenangan selesa ke atas calon PAS.

Reezal memperolehi 25,128 undi mengalahkan anak kepada ulama Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden yang mendapat 20,952 undi.

Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia itu berjaya mendapat 4,176 undi majoriti.

Kerusi Kepala Batas sebelum ini disandang oleh Abdullah Ahmad Badawi.

Artikel Lain