PAS Kedah Tubuh Jawatankuasa Khas Kaji Kekalahan PRU-13

ALOR SETAR: PAS Kedah akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengenal pasti punca kekalahan teruk parti itu, sehingga hilang kuasa kerajaan negeri kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum Ke-13 (PRU13), Ahad.

Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata PAS Kedah juga akan mengkaji semula struktur pimpinan parti itu termasuk jawatan Pesuruhjaya negeri yang kini dipegang Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Bila berlaku kekalahan seperti ini, PAS Pusat akan melantik satu jawatankuasa untuk mengkaji semua struktur kepimpinan bagi melihat dari segi jangka masa panjang," katanya kepada pemberita selepas majlis pelantikan Menteri Besar Kedah yang baharu di Istana Anak Bukit di sini Isnin.

Pada majlis itu, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah.

Pada PRU13 semalam, PAS hanya menang sembilan daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri berbanding 16 pada PRU 2008.

BN Kedah memperoleh 21 kerusi DUN untuk mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Phahrolrazi berkata hasil bedah siasat itu akan diserahkan kepada PAS Pusat untuk membuat penilaian sebelum menentukan tindakan lanjut demi masa depan parti itu.

Beliau yang mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kundur berkata prestasi buruk parti pada PRU13 mungkin disebabkan beberapa faktor seperti melibatkan kepimpinan parti, percaturan calon tidak sesuai, jentera dan kelemahan dalam organisasi terutama di kawasan yang tewas.

Katanya semua organisasi dalam PAS akan mengadakan mesyuarat agung dan membuat pelantikan baharu dalam masa terdekat.

"Selepas mesyuarat agung tahunan PAS Pusat, jawatan Pesuruhjaya negeri akan dilantik semula. Jika perlu perubahan, kepimpinan PAS Pusat akan membuat keputusan," katanya. - BERNAMA

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain