suria

Najib Tiba Di Istana Negara Untuk Angkat Sumpah Jawatan PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak tiba di Istana Negara jam 3.50 petang Isnin untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia bagi tempoh sepenggal.

Perlantikan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah selaras dengan Fasal (2)(a) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan supaya Najib dilantik sebagai Perdana Menteri.

Pada istiadat itu, Najib menyembah warkah memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Fasal (2)(b) Perkara 43 dan Fasal (1) Perkara 43A Perlembagaan Persekutuan terhadap senarai Jemaah Menteri dan Timbalan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, yang berlangsung pada Ahad, Barisan Nasional kekal berkuasa dengan memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan Persekutuan yang baru.

Artikel Lain