suria

Najib Rakam Penghargaan Kepada Rakyat Malaysia Kerana Pilih Semula BN

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin merakamkan penghargaan kepada pengundi dan seluruh rakyat Malaysia kerana memilih semula Barisan Nasional (BN) bagi mentadbir kerajaan pusat.

Perdana menteri berkata sokongan yang diberikan itu telah membolehkan kerajaan BN memimpin negara ini bagi tempoh lima tahun akan datang.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada jentera BN yang telah bekerja bertungkus lumus bagi memastikan BN menubuhkan kerajaan persekutuan," katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, sejurus selepas B Nmemperoleh majoriti mudah 112 kerusi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Perdana menteri berharap semua pihak dapat menerima keputusan itu yang memperlihatkan amalan demokrasi berjalan dengan telus.

Najib yang juga pengerusi BN berkata dengan keputusan itu serta demi kepentingan negara, beliau berharap pakatan pembangkang dapat menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan membenarkan proses demokrasi berjalan dengan baik dan lancar selepas BN membentuk kerajaan pusat. - BERNAMA

Artikel Lain