suria

Mustapa Pertahan Parlimen Jeli & Rampas DUN Air Lanas

KOTA BARU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamad memenangi kerusi Parlimen Jeli dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Lanas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Bagi Parlimen Jeli, Mustapa berjaya mempertahankan kerusi yang disandangnya apabila memperoleh 21,223 undi dengan majoriti 5,269 undi sekali gus menewaskan calon PAS Afandi Mohamad yang hanya mendapat 15,954 undi.

Mustapa juga berjaya merampas kerusi DUN Air Lanas dengan majoriti 47 undi daripada penyandangnya, calon PAS Abdullah Ya'kub.

Menerusi kemenangan tipis itu Mustapa memperoleh 6,605 undi manakala Abdullah memperoleh 6,558 undi.

Artikel Lain