suria

Mukhriz Sah MB Baru Kedah

ALOR SETAR: Menepati ramalan, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berjaya merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam daripada PAS dengan majoriti 2,446 undi.

Kemenangan itu sekaligus membuka laluan kepadanya untuk diangkat sebagai Menteri Besar yang baru.

Mukhriz yang mendapat 14,083 undi menewaskan lawannya daripada PAS, Abdul Ghani Ahmad yang mendapat 11,637 undi.

Abdul Ghani merupakan bekas penyandang kerusi DUN Ayer Hitam apabila beliau menang dengan majoriti 506 undi pada PRU 2008.

Artikel Lain