suria

Menteri Kerja Raya Menang Besar Di Tampin

SEREMBAN: Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor menang besar di kerusi P.133 TAMPIN menewaskan lawannya dari PAS dengan majoriti 11,162 undi.

Abdul Razakek Abdul Rahim (PAS) mendapat 18,228 undi manakala Shaziman pula 29,390 undi.

Shaziman yang bertanding mempertahankan kerusinya menang pada tahun 2008 dengan memperolehi 24,022 undi.

Jumlah undi rosak kali ini ialah 1,042 undi.

Artikel Lain