suria

Gangguan Bekalan Air Di Kuala Lumpur Mulai Esok

KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air akan berlaku di beberapa kawasan sekitar Taman Sri Sinar, Taman Sri Bintang, Taman Bukit Sri Bintang dan Prima Pelangi Segambut, di sini mulai Selasa.

Pengurus Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Dr Ismail Stapa berkata gangguan itu akan bermula dari 10 malam Selasa hingga 12 tengah hari keesokannya.

Ia berikutan kerja penyambungan paip air Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), katanya dalam kenyataan pada Isnin. - BERNAMA

Artikel Lain