suria

Dr Chua Tidak Akan Bertanding Semula Sebagai Presiden MCA

PETALING JAYA: Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak akan mempertahankan jawatannya pada pilihan raya parti itu tahun ini.

Keputusan itu dibuat selepas MCA hanya memenangi tujuh kerusi Parlimen dan 11 Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 37 kerusi Parlimen dan 90 DUN yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Dr Chua berjanji akan menstabilkan parti tersebut yang berada dalam situasi sukar ketika ini.

Saya akan mengadakan majlis presiden dan mesyuarat jawatankuasa pusat untuk membincangkan hala tuju parti berikutan keputusan yang mengecewakan.

"Pada masa sama, saya memutuskan untuk tidak bertanding semula pada pemilihan parti yang akan datang," katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.

Beliau berkata, MCA menghormati dan menerima keputusan pengundi.

Katanya, parti itu turut menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggesa penyatuan nasional di kalangan rakyat.

Artikel Lain