Calon Bebas Ditolak Pada PRU-13 - Semasa | mStar

Calon Bebas Ditolak Pada PRU-13

KUALA LUMPUR: Calon BEBAS gagal meraih tempat di Parlimen mahupun kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13)sekali gus melenyapkan dua kerusi DUN yang pernah dimenangi calon berkenaan di Kedah dan Pahang pada 2008.

Meskipun mencatat jumlah calon BEBAS paling ramai bertanding dalam sejarah PRU, iaitu 270 orang selain membabitkan penyertaan calon 'ternama' dan dikenali, ia belum cukup kukuh bagi meraih keyakinan rakyat untuk memilih mereka.

Seramai 79 calon BEBAS bertanding bagi kerusi Parlimen manakala 191 bagi kerusi DUN pada PRU13 berbanding 108 calon pada 2008.

Di Parlimen Kuala Kangsar, bekas Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim, yang bertanding atas tiket BEBAS, kalah kepada calon BN Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Pertandingan tiga penjuru antara Kamilia, Wan Mohammad Khair-il Anuar dan Khalil Idham Lim Abdullah (PAS), menyaksikan calon BN itu memperoleh 14,218 undi, Khalil Idham Lim (13,136) manakala Kamilia (447), yang mengakibatkan beliau hilang wang pertaruhan.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali yang mempertahan kerusi Parlimen Pasir Mas tewas kepada Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (PAS) dengan majoriti 8,047 undi.

Di Parlimen Tanjong Karang, penyanyi dangdut era 80-an, Herman Tino yang bertanding sebagai calon BEBAS, turut menerima nasib sama apabila tumpas kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Herman Tino, atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, hilang deposit selepas memperoleh 340 undi berbanding Noh yang mendapat 20,548 undi dan Mohamad Rashdi Deraman (PAS) meraih 16,154 undi.

Di Terengganu, calon BEBAS dan paling tua pada PRU13 Maimun Yusof atau Tok Mun, yang bertanding di Parlimen Kuala Terengganu, sekali lagi hilang wang pertaruhan apabila tewas kepada calon PAS Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah.

Tok Mun hanya memperoleh 182 undi manakala calon BN Mohd Zubir Embong (35,043) dan Raja Kamarul Bahrin (45,828).

Pada 2008, Tok Mun, 94, turut hilang wang deposit selepas memperoleh 685 undi menentang calon BN (Allahyarham) Datuk Razali Ismail dan calon PAS Mohamad Sabu di Parlimen sama.

Keputusan PRU-13 menyaksikan seramai 266 calon BEBAS yang bertanding hilang wang deposit selepas gagal memperolehi satu perlapan daripada jumlah undi yang diraih semua calon bertanding dalam sesuatu bahagian pilihan raya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain