suria

BN Kekal Di Perlis

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) kekal memerintah Perlis setelah mendapat majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13.

BN memenangi kesemua tiga kerusi Parlimen dan 13 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi kerusi DUN Indera Kayangan menerusi calonnya, Chan Ming Kai dengan memperoleh 4,263 undi.

PAS pula memenangi kerusi DUN Sanglang menerusi calonnya, Mohd Shukri Ramli dengan 3,632 undi.

Artikel Lain