suria

Ahmad Yakob Dijangka Jadi MB Kelantan Baru

Datuk Ahmad Yakob
 Datuk Ahmad Yakob
Datuk Ahmad Yakob

KOTA BARU: Kelantan dijangka akan mempunyai Menteri Besar yang baru buat pertama kali dalam tempoh 22 tahun apabila timbalannya, Datuk Ahmad Yakob dijangka akan mengangkat sumpah bagi memegang jawatan itu di hadapan Sultan Muhammad V Tengku Muhamad Faris Petra Sultan Ismail pada petang Isnin.

Majlis itu dijangka akan berlangsung di Istana Negeri di Kubang Kerian dekat sini pada pukul 4.30 petang Isnin di mana Timbalan Menteri Besar Kelantan serta barisan exco kerajaan negeri yang baru turut akan mengangkat sumpah.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka akan bersara daripada memegang jawatan itu selepas kerajaan negeri di bawah kepimpinan PAS memerintah Kelantan sejak tahun 1990.

Jawatan Timbalan Menteri Besar yang baru dijangka akan disandang oleh Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah.

Difahamkan, Nik Abdul Aziz, 82, dinasihatkan oleh baginda supaya mengambil lebih perhatian terhadap keadaan kesihatannya atas faktor usia.

Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz akan terus kekal sebagai Muryidul Am PAS.

Artikel Lain