suria

Tok Pa Menang Parlimen Jeli & Juga DUN Air Lanas

JELI: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berjaya mempertahankan kerusi parlimen P.30 Jeli dengan majoriti 5,269 undi.

Beliau memperolehi 21,223 undi manakala lawannya dari PAS, Afandi Mohamad mendapat 15,954 undi.

422 undi dikira sebagai undi rosak.

Dalam pada itu, Mustapa juga berjaya memenangi kerusi DUN N.37 Air Lanas dengan hanya majoriti 47 undi sahaja.

Beliau mendapat 6,605 undi manakala lawannya dari PAS, Abdullah Ya'kub memperolehi 6,558 undi.

Artikel Lain