PRU13: Rakyat Malaysia Keluar Mengundi Hari Ini - Semasa | mStar

PRU13: Rakyat Malaysia Keluar Mengundi Hari Ini

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia keluar mengundi hari ini untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara untuk memilih kerajaan yang akan menerajui negara bagi tempoh lima tahun akan datang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Daripada 13,268,002 pengundi berdaftar yang layak mengundi, hanya 12,992,661 akan mengundi hari ini setelah 272,387 pengundi awal terdiri daripada anggota tentera dan polis serta pasangan mereka mengundi awal pada 30 April lepas.

Sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan pada pilihan raya umum kali ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan 8,245 pusat mengundi dengan 25,337 saluran mengundi yang dibuka mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengundi di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, Pahang manakala Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula akan mengundi di Sekolah Menengah Sri Muar, Muar, Johor pagi ini.

Parlimen dibubarkan pada 3 April lepas manakala penamaan calon berlangsung pada 20 April yang menyaksikan tiada kerusi yang menang tanpa bertanding.

Menjelang hari pengundian, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf menasihatkan para pengundi agar keluar mengundi awal pagi ini dan jangan lupa membawa kad pengenalan masing-masing.

Ini berikutan ramalan cuaca dari Jabatan Meteorologi mendapati cuaca dijangkakan baik pada pagi esok manakala hujan atau ribut petir berlaku pada sebelah petang di sesetengah negeri.

Untuk PRU13, buat pertama kalinya dakwat kekal akan digunakan yang mewajibkan setiap individu yang ingin mengundi untuk dicalit jari telunjuk kiri mereka sebelum diberikan kertas undi.

BN yang terdiri daripada 14 parti komponen bertanding di 221 kerusi Parlimen, manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding di 99 kerusi, Bebas (79), PAS (73), DAP (51), STAR (28), BERJASA (9), SAPP (8), SWP (6), KITA (2), PCM (2) dan BERSAMA (1).

Pada pilihan raya umum 2008, BN yang dipimpin bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi memenangi 140 kerusi Parlimen manakala gabungan PKR-DAP-PAS membentuk kerajaan di Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Perak.

Bagaimanapun Perak kembali ke pangkuan BN selepas tiga anggota DUN daripada gabungan itu bertindak meninggalkan parti masing-masing untuk menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN.

Bagi memastikan proses pilihan raya berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini, seramai 112,000 anggota pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditugaskan bagi menjaga keamanan dan meningkatkan tahap keselamatan.

SPR menjangkakan keputusan pertama PRU13 boleh diketahui seawal-awalnya 7.30 malam ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain