suria

Polis Surai Kumpulan Berhimpun di Depan Pusat Penjumlahan Undi Gelang Patah

GELANG PATAH: Polis menyuraikan sekumpulan 1,000 orang dipercayai penyokong pakatan pembangkang dan Barisan Nasional yang berhimpun di depan pusat penjumlahan undi di sini.

Mereka berhimpun di kawasan itu selepas pusat pengundian ditutup pada 5 petang. Situasi kembali normal selepas kumpulan itu bersurai.

Wartawan Bernama di lokasi melaporkan enam trak yang membawa anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) diarah bersiap sedia dengan satu meriam air di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Nusajaya ACP Noor Hashim Mohamad turut berada di tempat kejadian. -BERNAMA

Artikel Lain