Polis Sahkan Wujud Aktiviti Berkempen Selepas Tamat Tempoh Awal Pagi Ahad - Semasa | mStar

Polis Sahkan Wujud Aktiviti Berkempen Selepas Tamat Tempoh Awal Pagi Ahad

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan terdapat perarakan dan aktiviti berkempen di hadapan Dataran Merdeka oleh sekumpulan penyokong parti selepas tamat tempoh awal pagi Ahad.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh dalam satu kenyataan berkata pada pukul 2.30 pagi sekitar 1,000 hingga 1,500 penyokong bermotosikal berkumpul di Dataran Merdeka dan menuju ke Kampung Baru.

"Empat laporan polis telah dibuat ekoran kejadian tersebut dan pihak polis juga menerima aduan daripada pengguna jalan raya mengenai perkara itu kerana ia menimbulkan kesesakan lalu lintas," katanya.

Beliau berkata keadaan di sekitar Dataran Merdeka kembali terkawal dan penyokong beredar pada pukul 4.15 pagi.

Beliau mengingatkan penyokong parti supaya tidak melakukan provokasi jalanan sehingga boleh menimbulkan ketakutan kepada pengundi dan orang ramai.

Polis sentiasa memantau keadaan bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar dan meminta pengundi tidak berasa ragu-ragu terhadap keselamatan mereka kerana keadaan adalah selamat, katanya.

Mohmad berkata tindakan tegas akan diambil jika terdapat penyokong parti yang bertanding berkumpul di lokasi tertentu sehingga boleh menimbulkan kekecohan.

Tindakan undang-undang akan diambil kepada semua pihak yang didapati cuba mengganggu-gugat ketenteraman awam samada semasa atau selepas proses pengundian berjalan, katanya. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain