suria

Polis Kedah Kenal Pasti Kumpulan Rancang Buat Kecoh di 15 Pusat Pejumlah Undi

ALOR SETAR: Polis Kedah telah mengenal pasti beberapa individu yang dipercayai sedang merancang untuk membuat kecoh di 15 pusat penjumlahan undi di negeri itu.

Ketua Polis Kedah, Timbalan Komisioner Datuk Ahmad Ibrahim berkata kawalan keselamatan turut dipertingkatkan di beberapa bangunan kerajaan termasuk bagunan pentadbiran negeri, Wisma Darulaman.

"Kita menerima maklumat ada beberapa kumpulan merancang untuk membuat perhimpunan di pusat penjumlahan undi dengan niat untuk menimbulkan kekecohan.

"Kita juga turut menerima maklumat bahawa terdapat khidmat pesanan ringkas disebarkan dikalangan ahli kumpulan tersebut yang mengajak mereka supaya berkumpul," katanya pada sidang media pada Ahad.

Beliau berkata pihak polis akan mengambil tindakan terhadap perhimpunan haram di bawah Seksyen 141 Kanun Keseksaan.

"Kita memberi amaran, sekiranya mereka enggan bersurai, kita akan mengambil tindakan terhadap mereka," katanya.

Artikel Lain