suria

Mukhriz Seru Rakyat Mengundi Tanpa Rasa Takut

JERLUN: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam, Datuk Mukhriz Mahathir menyeru rakyat menunaikan tanggungjawab memilih kepimpinan negara tanpa rasa takut.

Katanya dalam sebuah negara demokrasi rakyat berhak membuat keputusan tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

"Mengundi adalah tanggungjawab yang sangat penting kepada warganegara Malaysia.

"Inilah masanya untuk semua rakyat mengambil kesempatan memilih apa yang terbaik untuk negara ini," katanya kepada pemberita selepas membuang undi di Sekolah Kebangsaan Siputeh, Padang Sera, Kodiang di sini, Ahad.

Sebelum itu Mukhriz tiba di pusat pengundian berkenaan bersama isteri, Datin Norzita Zakaria kira-kira pukul 8.40 pagi.

Mengulas lanjut Mukhriz mengingatkan rakyat supaya menerima keputusan dengan hati terbuka walaupun tidak berpihak kepada parti sokongan masing-masing.

"Rakyat tak perlu gusar dan bimbang bahawa perkara yang tidak diingini akan berlaku sekiranya mana-mana pihak tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya," katanya.

Artikel Lain