suria

Khaled Nordin Menang DUN Permas Dengan Majoriti 5,752 Undi

PASIR GUDANG: Calon BN, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berjaya memenangi kerusi DUN N.43 Permas dengan memperolehi undi sebanyak 23,952.

Lawannya dari PAS, Syed Othman Abdullah memperolehi undi sebanyak 18,200 selepas kesemua 87 saluran undi selesai dikira.

BN juga berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Gudang yang sebelum ini disandang oleh Khaled.

Hajah Normala Samad yang juga merupakan ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Pasir Gudang menewaskan calon PKR Dr Ahmad Faidhi Saidi.

Artikel Lain