suria

Ibrahim Ali Tiba Undi Di Pasir Mas

PASIR MAS: Penyandang kerusi Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali tiba untuk mengundi pada pukul 9.15 pagi di Maktab Vokasional Pasir Mas, Bunut Susu dekat sini, Ahad.

Beliau selesai melakukan pengundian lima minit selepas itu pada pukul 9.20 pagi.

Ibrahim bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai calon Bebas bagi mempertahankan kerusinya daripada pencabar, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dari PAS.

Nik Abduh merupakan anak kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Artikel Lain