suria

Letupan Kecil Bukan Bom Berhampiran Ibu Pejabat PKR - Polis

PETALING JAYA: Polis mengesahkan letupan kecil berdekatan peti stesen TNB, berhampiran Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini hanya melibatkan bahan letupan berkualiti rendah.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata letupan pada 9.35 malam tidak berbahaya tetapi lebih kepada untuk menimbulkan kegusaran kepada orang ramai.

"Setelah dimaklumkan, unit forensik dari IPD Petaling Jaya dihantar ke lokasi kejadian dan pemeriksaan menemui sebuah telefon bimbit, sebiji bateri kecil dan satu mercun berhampiran peti stesen TNB.

"Walaupun ada saksi mendengar bunyi letupan tetapi kita dapati ia bukan letupan dari sebuah bom," katanya ketika dihubungi dan menambah kes disiasat mengikut Akta Bahan Letupan. - BERNAMA

Artikel Lain