suria

Kaunter JPN Ditutup Sempena PRU-13

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara ditutup selama dua hari mulai hari ini sempena hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada Ahad.

JPN dalam satu kenyataan hari ini berkata penutupan operasi kaunter itu membabitkan ibu pejabat JPN Putrajaya dan semua ibu pejabat JPN negeri, kecuali Kelantan, Terengganu dan Kedah, yang hanya ditutup pada Ahad.

Operasi kaunter JPN akan dibuka semula pada Isnin.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi pejabat Perkhidmatan Pelanggan ibu pejabat JPN Putrajaya ditalian 03-8807067/7071/7077/8203.-BERNAMA

Artikel Lain