suria

Tiga Mayat Tentera Sulu Ditemui Di Tanjung Batu

KOTA KINABALU: Polis menemui tiga rangka mayat yang memakai uniform Tentera Sulu di kawasan Ops Daulat di Tanjung Batu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata rangka berkenaan ditemui di kawasan semak.

"Seorang penembak hendap dan beberapa butir peluru turut ditemui dikawasan berkenaan pada pukul 5 petang, 2 Mei," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Sementara itu, Hamza berkata seramai 31 daripada 184 orang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- langkah Khas) 2012 (Sosma) tekah didakwa di mahkamah.

Beliau berkata penduduk kampung tidak perlu lagi takut untuk keluar mengundi pada hari pengundian 5 Mei ini kerana situasi di sini adalah selamat dan terkawal.

"Kami juga tidak menerima sebarang laporan berhubung dengan insiden yang boleh menggugat keselamatan orang awam sepanjang tempoh kempen pilihan raya sejak hari penamaan calon pada 20 April lalu," kata Hamza.

Beliau berkata sebanyak 352 laporan berkaitan kesalahan pilihan raya telah dilaporkan sementara lapan orang telah ditahan bagi membantu siasatan polis setakat ini.

Artikel Lain