PETALING JAYA: Hujan lebat yang melanda beberapa kawasan di Lembah Klang menyebabkan banjir kilat pada Jumaat.Kawasan rendah di Segambut, sepanjang Jalan Duta-Mahameru dan Jalan Parlimen merupakan antara kawasan yang paling teruk terjejas apabila hujan lebat turut tanpa henti kira-kira sejam. Pegawai Syarikat Pengurusan Air Banjir & Terowong (Smart) berkata tidak ada penutupan terowong dibuat namun aras bawah terowong berkenaan ditutup sementara bagi mengalirkan air banjir ke kawasan tasik. Banjir turut dilaporkan berlaku di kilometer 9 plaza tol menghala ke Kajang.Pemandu kenderaan dinasihatkan menggunakan laluan alternatif untuk pulang ke destinasi masing-masing.Di KM15.6 lebuh raya Grand Saga, banjir kilat dilaporkan melanda di jalan menghala ke pusat bandar.