suria

Guan Eng Gesa Rakyat P.Pinang Sokong Anwar Jadi PM

Lim Guan Eng
 Lim Guan Eng
Lim Guan Eng

BUKIT MERTAJAM: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa rakyat Pulau Pinang supaya menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan anak kelahiran negeri itu menjadi Perdana Menteri.

Beliau berkata negeri itu akan memperoleh banyak manfaat sekiranya mereka mengundi rakyat Pulau Pinang sebagai Perdana Menteri.

"Sekiranya anda sokong rakyat Pulau Pinang jadi Perdana Menteri, negeri ini akan menjadi lebih membangun, betul tak?

"Jadi anda perlu menunjukkan sokongan anda kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya pada perhimpunan politik di Lebuh Raya Utama Bandar Juru pada Jumaat.

Lim menegaskan Anwar akan hanya menjadi Perdana Menteri sekiranya rakyat memilih calon yang bertanding di bawah tiket PAS, DAP dan PKR.

Beliau turut menggesa rakyat Pulau Pinang tidak takut untuk keluar mengundi pada 5 Mei ini.

Artikel Lain