suria

Calon BN Kuala Berang Nafi Hantar SMS Beri Duit Kepada Pengundi

KUALA BERANG: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Berang Datuk Tengku Putera Tengku Awang menafikan pihaknya ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya akan mengagihkan "duit" kepada pengundi di kawasan itu.

Beliau menegaskan SMS itu merupakan fitnah dan mendakwa ia dihantar oleh pihak yang berniat jahat terhadapnya menjelang hari mengundi Ahad ini.

Tengku Putera berkata beliau telah membuat laporan di Balai Polis Hulu Terengganu kira-kira 4 petang Jumaat bagi perkara itu disiasat.

"Saya amat terkejut dengan mesej yang berbunyi "calon N23 BN Kuala Berang berjanji akan mengagihkan hadiah (duit) kepada pengundi selewat-lewatnya malam sebelum PRU13 ini...," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini mengenai SMS yang tersebar itu.

Katanya beliau yakin ada pihak yang dengki terhadap kempen BN yang lancar dan mendapat sambutan baik daripada pengundi di kawasan ini sehingga mendorong mereka menghantar SMS fitnah itu. -BERNAMA

Artikel Lain