suria

PR Dakwa Ada Percubaan Buka Peti Undi Awal Di Manjung

IPOH: Pakatan Rakyat (PR) mendakwa berlaku kejadian percubaan membuka peti undi awal di Manjung, pagi Khamis.

Pengerusi PR Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata, perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia melibatkan amanah Suruhanjaya Pilihan Raya.

"Sepatutnya SPR tak boleh buat macam itu, itu amanah.

"Ini satu perkara yang menyedihkan," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS, dekat sini, Khamis.

Dalam kejadian yang berlaku awal pagi Khamis, PR mendakwa petugas-petugas SPR cuba membawa keluar peti undi awal dari lokap di Balai Polis Manjung.

Tindakan itu bagaimanapun berjaya dihalang oleh petugas-petugas PR yang menyedari terdapat percubaan membawa keluar dan membuka peti undi berkenaan.

Difahamkan, laporan polis telah dibuat berhubung perkara ini.

Artikel Lain