suria

Polis Terengganu Buka 25 Kertas Siasatan Berkaitan PRU-13

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu telah membuka 25 kertas siasatan terhadap kes berkaitan PRU-13 yang dilaporkan di seluruh negeri sejak hari Penamaan Calon, 20 April lalu.

Jurucakap Pilihan Raya Polis Kontinjen Terengganu Supt Koh Ah Tiam berkata kesemua kes yang disiasat adalah berkaitan keganasan pihak penyokong parti serta mengadakan ceramah tanpa permit.

"Kita menasihatkan semua penyokong parti politik agar lebih berhemah serta mengelak daripada mengeluarkan kata-kata yang boleh menjurus kepada pergaduhan dan provokasi sepanjang kempen pilihan raya ini," katanya ketika dihubungi.

Koh juga menasihati semua pihak agar tidak melibatkan kanak-kanak dalam kempen politik mereka demi menjaga keselamatan. -BERNAMA

Artikel Lain