suria

Pengumuman Bapa Saiful Bukhari Melucukan - Wan Azizah

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
 Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

KUALA SEPETANG: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah berkata pengumuman yang dibuat oleh bapa kepada Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim pada Rabu sebagai sesuatu yang melucukan.

Katanya tindakan seperti itu bukanlah menjadi satu perkara yang menghairankan.

"Itu adalah pilihannya sendiri.

"Ia satu perkara yang melucukan. Hanya beberapa hari sebelum pilihan raya apa-apa pun boleh terjadi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis minum petang berama penduduk Kuala Sepetang, dekat sini, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Mohd Azlan yang mengumumkan keluar PKR pada Rabu.

Mohd Azlan juga menarik balik pengakuannya sebelum ini bahawa liwat Datuk Seri Anwar terhadap anaknya tidak berlaku.

Artikel Lain