Tolak Pemimpin Politik Amal Fahaman Syiah - Mukhriz - Semasa | mStar

Tolak Pemimpin Politik Amal Fahaman Syiah - Mukhriz

 Datuk Mukhriz Mahathir
Datuk Mukhriz Mahathir

JERLUN: Rakyat diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dan menolak pemimpin parti politik yang berketrampilan Islamik tetapi menjadi pendukung ajaran syiah yang dilarang diamalkan di negara ini.

Calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata hasil pertemuannya dengan beberapa guru pondok, beliau dimaklumkan adalah pemimpin parti politik yang mengamalkan fahaman syiah.

"Kita patut rasa risau...kalau parti (diwakili pemimpin itu) tuduh orang tolak Islam, tapi dia ada fahaman bertentang dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah (diamalkan di negara ini).

"Kita dengar daripada tok guru pondok dah lama tapi kebelakangan ini ia semakin tertonjol. Reaksi tok guru pondok ini kuat menolak mereka (pemimpin berfahaman syiah)," katanya kepada pemberita pada majlis Makan Tengahari/Janji Ditepati di Kampung Teluk Tui, dekat sini, Rabu.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada Mei 1996 memutuskan ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam dan penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada Ahli Sunnah Wal Jamah adalah dilarang di negara ini.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata mana-mana pemimpin yang mengamalkan fahaman syiah, mereka perlu bersikap telus dan mengisytiharkan perkara itu. "Silap-silap terpilih jadi anggota Parlimen, sampai dalam Parlimen (Dewan Rakyat) dia bawa fahaman ini (syiah)," katanya.

Terdahulu beliau yang meninjau Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT) yang sedang dibina untuk penduduk terpilih di kampung itu, berkata projek itu merupakan satu lagi bukti bahawa kerajaan BN menepati janjinya kepada rakyat. "Tugas wakil rakyat adalah untuk berusaha menyelesaikan masalah rakyat. Kerajaan negeri (PAS Kedah) dah lima tahun (mentadbir) pun masih gagal nak laksanakan tanggungjawab," kata Mukhriz yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Jerlun. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Umno Bukan Parti Assabiyah - PM

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain