Pastikan BN Dapat Mandat Lebih Dua Pertiga - Dr Mahathir - Semasa | mStar

Pastikan BN Dapat Mandat Lebih Dua Pertiga - Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Rakyat perlu memastikan Barisan Nasional (BN) mendapat mandat lebih dua pertiga di Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) bagi membolehkannya berada pada kedudukan kukuh untuk mentadbir negara, kata Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa.

Bekas perdana menteri berkata kemenangan itu penting untuk BN melaksanakan segala dasar yang dirancang untuk kebaikan rakyat dan negara.

Merujuk kepada pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan kerajaan B Nkehilangan majoriti dua pertiga, beliau berkata situasi itu sedikit sebanyak menyukarkan kerajaan BN dalam melaksanakan dasar yang dirancang.

"Oleh kerana kerajaan berada dalam keadaan kurang kuat maka kerajaan terpaksa melayan sedikit sebanyak desakan daripada penentang dasar-dasar kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan hadirin pada pelancaran buku bertajuk 'Blog Merentas Halangan Buku 2: Hak Seorang Warganegara' yang menghimpunkan sebahagian artikel beliau yang disiarkan dalam blognya chedet.com sejak 2008 hingga 2012 di sini.

Dr Mahathir turut meminta rakyat Malaysia terutamanya golongan muda memilih BN iaitu parti yang telah banyak berjasa kepada negara pada PRU-13 Ahad ini.

"Saya harap semua akan pangkah parti yang telah berjasa kepada anda, ibu bapa anda dan negara iaitu BN," katanya.

Beliau berkata Malaysia mampu mencapai Wawasan 2020 yang diasaskannya kerana kerajaan BN pada masa sekarang melakukan pelbagai usaha untuk menjadinya sebagai suatu realiti.

"Pemimpin sekarang masih sebut-sebut (mengenai) Wawasan 2020 dan usaha sungguh-sungguh dibuat, itu (antara) petunjuk (bahawa) kita berada di landasan yang betul.

"Tetapi sudah tentu ada pendekatan-pendekatan yang mungkin berbeza sedikit daripada yang diharapkan, namun saya yakin Malaysia masih boleh mencapai Wawasan 2020 genap tahun 2020," katanya.

Buku dwibahasa setebal 364 muka surat yang diterbitkan Berita Publishing Sdn Bhd dan MPH Group Publishing itu boleh didapati di kedai buku seluruh negara dengan harga RM25 senaskhah. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

Signal dijangka pesaing utama WhatsApp