suria

Jenice Lee Tolak Tawaran Kit Siang Buat Merayu Bagi Pihaknya

Jenice Lee
 Jenice Lee
Jenice Lee

PETALING JAYA: Calon Bebas kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai dan juga bekas Ketua Pemuda Sosialis DAP Selangor (Dapsy), Jenice Lee tidak akan menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Dalam satu kenyataan pada Rabu, beliau berkata dia amat menghargai tawaran yang diberikan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk merayu bagi pihaknya sekiranya dia menarik diri sebagai calon.

Lee berkata dia tidak akan berbuat demikian kerana tindakan tersebut akan hanya mengkhianati penyokongnya.

"Saya harap beliau (Kit Siang) dapat beri saya 30 minit untuk bertemu dengannya buat kali terakhir dan sekiranya dia masih mahu saya tarik diri, saya sangat berharap untuk mengetahui sebab dia berkeras mahu saya bertindak sedemikian," katanya.

Lee berkata Lim tidak faham apa yang sebenarnya berlaku di Teratai.

Terdahulu pada Rabu, Lim berkata beliau sedia merayu bagi pihak Lee sekiranya dia menarikh diri daripada bertanding pada hari pengundian 5 Mei ini.

Artikel Berikut

Artikel Lain