suria

Ikhlas Dakwa PR Ugut Musnah Bilik Gerakan

ALOR SETAR: Pakatan Rakyat melakukan provokasi terhadap Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) yang menyokong Barisan Nasional (BN) dipercayai kerana takut akan kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Mendakwa demikian, Pengerusi Ikhlas, Sarjakhan Abu Bakar berkata, pada 29 April lalu, bilik gerakan mereka di Jalan Pegawai di sini didatangi tiga pemuda tidak dikenali berumur 30-an bertujuan ingin membuat provokasi dan kekacauan.

"Mereka bagi amaran akan musnahkan semua bilik gerakan Ikhlas yang ada di Kedah ni. Mungkin amaran ini disebabkan oleh kami banyak beri perhatian kepada nasib para peniaga di Kedah ini.

"Dah dua kali mereka datang ke bilik gerakan sambil mengugut, jadi saya ambil keputusan untuk buat laporan polis kerana bimbang keselamatan 169 petugas saya," katanya pada sidang media di sini hari ini. Sarjakhan berkata, salah seorang suspek telah membaling kad nama dan mendakwa bahawa dirinya anak angkat sebuah keluarga diraja.

"Polis bagi tau suspek ada rekod jenayah dan kini dia dan dua lagi rakannya telah dikenal pasti dan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut," kata Sarjakhan. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain