Penyandang DUN Aulong Tarik Diri Tanding Calon Bebas - Semasa | mStar

Penyandang DUN Aulong Tarik Diri Tanding Calon Bebas

KUALA LUMPUR: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Aulong di Perak, Yew Tian Hoe pada Selasa mengumumkan keputusan menarik diri sebagai calon Bebas untuk kerusi berkenaan.

"Keputusan itu dibuat secara sukarela tanpa menerima tekanan atau bayaran daripada mana-mana pihak," katanya kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat DAP di sini yang turut dihadiri Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Ditanya sama ada DAP bersedia memaaf dan menerima kembali Yew, Lim berkata keputusan mengenainya akan dibuat selepas tamat Pilihan Raya Umum ke-13.

Berikutan perkembangan itu, kerusi DUN Aulong yang mempunyai 28,440 pengundi akan menyaksikan pertandingan antara Leow Thye Yih dari DAP dan calon Barisan Nasional, Soo Kay Ping.

Pada pilihan raya umum 2008, Yew memenangi kerusi itu dengan majoriti 2,808 undi. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Pengundian Awal Bermula

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain