Pembangkang Berbohong Dakwa BN Tumbang Sebelum PRU-13 - TPM - Semasa | mStar

Pembangkang Berbohong Dakwa BN Tumbang Sebelum PRU-13 - TPM

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (dua, kiri) berucap sambil memperkenalkan calon baru Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N07, Bukit Serampang Ismail Mohamad (empat, kiri) kepada kira-kira 8,000 masyarakat berbilang bangsa pada majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia di Gersik dekat Pagoh malam Isnin.-Foto BERNAMA
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (dua, kiri) berucap sambil memperkenalkan calon baru Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N07, Bukit Serampang Ismail Mohamad (empat, kiri) kepada kira-kira 8,000 masyarakat berbilang bangsa pada majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia di Gersik dekat Pagoh malam Isnin.-Foto BERNAMA

PAGOH: Pembangkang hanya berbohong dengan menyatakan semua negeri diperintah Barisan Nasional (BN) sudah tumbang sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana kajian terkini BN menunjukan sebaliknya kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata maklumat yang diperolehi daripada setiap negeri menunjukkan sokongan kuat rakyat menyakinkan BN akan memenangi dua pertiga kerusi seluruh negara.

"Saya sebagai Pengarah PRU BN Kebangsaan sudah pergi ke seluruh negara. Saya pergi ke Sarawak, BN negeri kata boleh menang dua pertiga. Pergi ke Sabah macam tu juga. Begitu juga di Johor. Kalau Lim Kit Siang menang di Gelang Patah, Singapura bimbang Johor tidak akan maju dan membangun seperti sekarang. Pelaburan tak masuk.

"Melaka begitu juga, kita mampu menang di semua kerusi kecuali di Kota Melaka ada susah sedikit. Di Negeri Sembilan saya tanya Menteri Besarnya pun sama, kajian menunjukkan BN akan menang besar kecuali dua atau tiga kerusi," katanya berucap pada Himpunan Rakyat 1Malaysia Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Serampang, di Dataran Awam Gersik, dekat sini malam Isnin.

Turut hadir pada majlis tersebut isterinya, Puan Sri Noorainee Abd. Rahman dan calon BN DUN Bukit Serampang, Ismail Mohamed.

Beliau yang juga calon kerusi Parlimen Pagoh berkata, bagi kawasan Wilayah Persekutuan BN akan menambah empat kerusi manakala di Selangor akan berlaku satu perubahan besar dengan tumbanganya kerajaan pembangkang.

Tambahnya, di Perak keadaan semakin baik dan BN yakin dapat dua pertiga dan di Kedah kerana sambutan amat luar biasa ditunjukkan semasa melawat negeri berkenaan.

"Pulau Pinang susah sikit tapi kita boleh tambah kerusi di sana walaupun susah. Negeri lain seperti Perlis, Terengganu, Pahang akan kekal sebagai negeri BN manakala sudah wujud gelombang merah di Kelantan yang diharap mampu membawa perubahan di sana untuk BN," ujarnya.

Beliau turut mencabar pembangkang supaya menunjukkan negeri mana yang boleh tumbang jika dibandingkan dengan PRU yang lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pembangkang Tidak Layak Peluang Kedua - PM

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain