suria

Kit Siang Mengaku Sukar Berdepan Abdul Ghani Di Gelang Patah

GEORGE TOWN Penasihat DAP Lim Kit Siang mengakui menghadapi laluan sukar bertanding di Gelang Patah di Johor kerana kawasan Parlimen itu adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata faktor yang menyukarkan beliau untuk memenangi kerusi itu kerana BN menurunkan nama-nama besar untuk berkempen dan pengaruh kuat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Lim terbabit dalam pertandingan satu lawan satu dengan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman pada pilihan raya umum ke-13 Ahad ini.

"Pada tahun 2008, BN telah menang dengan majoriti lebih kurang 9,000 (undi). Pada tahun 2004, BN MCA menang dengan majoriti 31,666," kata Lim pada ceramah pakatan pembangkang di Kolej Han Chiang di sini malam Selasa.

Pada pilihan raya umum 2008, kerusi Parlimen Gelang Patah dimenangi calon B NTan Ah Heng dengan majoriti 8,851 undi, mengalahkan calon PKR, Zaliha Mustafa.

"Ini kali pertama Johor menjadi tumpuan seluruh Malaysia. Apa yang berlaku di Johor boleh mempengaruhi apa yang terjadi di Malaysia," kata Lim. - BERNAMA

Artikel Lain