suria

Rakyat Diminta Pastikan Johor Kekal Kubu Umno & BN - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan orang ramai ketika menghadiri Perhimpunan Bersama Rakyat di Dataran Pasar Lambak, Pekan Nenas Pontian di Johor Bharu pada Isnin. -Foto BERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan orang ramai ketika menghadiri Perhimpunan Bersama Rakyat di Dataran Pasar Lambak, Pekan Nenas Pontian di Johor Bharu pada Isnin. -Foto BERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan orang ramai ketika menghadiri Perhimpunan Bersama Rakyat di Dataran Pasar Lambak, Pekan Nenas Pontian di Johor Bharu pada Isnin. -Foto BERNAMA

PEKAN NENAS: Rakyat Johor diminta supaya tidak mengenepikan sejarah bahawa negeri ini merupakan tempat bermulanya sejarah Malaysia Moden.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat di negeri ini wajib memastikan perjuangan Malaysia Moden dipertahankan daripada pihak yang hanya mahukan kuasa semata-mata tanpa mempunyai kelayakan untuk mentadbirnya.

"Jangan buta sejarah, kita wajib pastikan perjuangan Malaysia Moden dipertahankan. "Kita kerajaan (Barisan Nasional) BN bukan semata-mata hendak kuasa tetapi kita menuntut mandat daripada rakyat sebab kita lebih layak memimpin negeri ini dan bukannya kerana meminta sokongan secara membuta tuli," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bersama Rakyat di Dataran Pasar Lambak, Pekan Nenas di sini pada Isnin.

Majlis turut dihadiri isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Turut hadir calon BN bagi kerusi Parlimen Tanjung Piai Datuk Wee Jack Seng, calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukup Suhaimi Salleh dan calon DUN Pekan Nenas Wong You Fong.

Najib berkata, rakyat perlu memilih pemimpin yang mempunyai agenda masa depan dan bukan setakat pemimpin yang hanya tahu menabur janji-janji kosong seperti yang dilakukan pihak pembangkang di Selangor.

"Saya tahu sebab saya Pengerusi BN, rakyat Selangor telah kena tipu lima tahun, Menteri Besarnya angkat punggung lari tengah malam tanding di Pelabuhan Klang, kita tunggu dia di sana dan orang Ijok tahu dia hanya janji kosong di sana tanpa buat apa-apa.

"Sedangkan kerajaan BN kita mempunyai agenda wawasan bukan hanya main janji kosong dan main tabur janji. Kita ada peta jalan dan perancangan serta kemampuan untuk laksanakan," katanya. Menurutnya pilihan raya umum kali ini akan menentukan destinasi dan hala tuju negara dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Kita tengok muka anak-anak dan isteri di rumah dan tanya diri kita apakah bentuk Malaysia yang hendak kita warisi. Kita harus tanya diri kita, kalau kita diberi kuasa, pilihlah orang dan parti yang boleh beri masa depan yang lebih cerah.

"Jangan pilih masa depan yang sarat dengan masalah, sarat dengan masalah dan konflik serius dan jangan tolak keharmonian yang telah terbukti selama ini berlaku di Johor," katanya.

Sehubungan itu, katanya, semua rakyat termasuk rakyat Johor tidak mempunyai pilihan lain selain terus menyokong BN dan mereka perlu memberikan sokongan penuh kepada calon-calon BN supaya parti itu mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya umum nanti.

Katanya, kemenangan besar BN di Johor akan menjadi hadiah perpisahan terbaik kepada Abdul Ghani yang selama ini telah mencurahkan bakti sebagai Menteri Besar Johor selama 18 tahun.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan pembinaan 1,000 unit rumah rakyat dan mampu milik untuk penduduk di Parlimen Tanjung Piai. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain