suria

Pengamal Perubatan Perlu Fokus Kepada Pesakit Bukan Politik - Mohd Ali

ALOR GAJAH: Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam menegur pengamal perubatan kerana terlibat dalam politik.

Beliau berkata, beberapa pesakit di sebuah hospital di negeri itu menggesa Kementerian Kesihatan untuk memeriksa kes seorang doktor yang menghabiskan kebanyakan masa berkempen untuk pembangkang daripada pesakitnya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan mengenai seorang ketua unit perubatan di sebuah hospital kerajaan luar bandar di Alor Gajah yang berkempen secara terbuka untuk pembangkang.

Mohd Ali calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Bukit Katil berkata, beberapa pesakit tidak menerima rawatan disebabkan tindakan doktor terbabit.

"Ia melanggar etika perubatan untuk mencampur-adukkan kerja dengan politik.

"Beliau juga tidak sepatutnya berkempen untuk BN kerana profesionnya itu tidak menggalakkan penglibatan secara langsung dalam politik," kata Mohd Ali.

Artikel Sebelum

Artikel Lain