suria

Pemimpin Pakatan Rakyat Kutuk Keganasan Ketika Tempoh Berkempen

PETALING JAYA: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) pada Isnin mengutuk keganasan ketika kempen pilihan raya dan menggesa pihak polis segera memberkas penjenayah tersebut, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pakatan melihat perkara ini sebagai isu yang serius dan mengutuk sebarang cubaan untuk menimbulkan kekacauan dan huru-hara,” katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Beliau berkata tindakan pantas pihak polis, akan dapat membersihkan dakwaan bahawa penyokong Pakatan Rakyat telibat dalam menimbulkan kekacauan sedemikian.

"Kita percaya pihak polis akan bertindak secara profesional dalam menyelesaikan isu ini.

"Majlis Pimpinan PR turut mengarahkan penyokong supaya bertenang dan bertindak secara matang dan tidak terpengaruh dengan provokasi,” katanya.

Satu letupan kecil berlaku di tempat ceramah Barisan Nasional (BN) di Nibong Tebal pada 23 April lalu, kejadian ini mengakibatkan seorang pengawal keselamatan cedera sementara bom petrol turut dilempar ke bilik gerakan BN di Sekinchan pada malam yang sama.

Dua hari kemudiai, satu lagi serupa berlaku apabila bom petrol turut dilempar ke bilik gerakan BN di Buntong, Perak.

Lebih daripada, 1,160 kes berkaitan keganasan pilihan raya dan ugutan dilaporkan ketika tempoh kempen pilihan raya berlangsung.

Hari penamaan calon telah diadakan pada 24 April manakala hari pengundian ditetapkan pada 5 Mei.

Artikel Sebelum

Artikel Lain