suria

Kenyataan Timb. Pengerusi DAP Johor Serlah Ketidaksepakatan Pembangkang - Muhyiddin

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) sempat melayan golongan pendidik menjamu hidangan makan tengah hari pada Majlis Pecah Tanah Pembinaan Jejantas Pejalan Kaki Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Wen Hua dan Sekolah Rendah Kebangsaan Batu Berendam di Melaka pada Isnin. -Foto BERNAMA

MELAKA: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kenyataan Timbalan Pengerusi DAP Johor Norman Fernandez yang meminta masyarakat bukan Islam tidak mengundi PAS semakin menyerlahkan ketiadaan persefahaman dan muafakat antara pakatan pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri berkata DAP, PAS dan PKR sering berbeza pendapat dan bertelagah sesama sendiri dalam pelbagai perkara.

"Itu menunjukkan betapa di kalangan pembangkang tidak bersatu, tidak ada persefahaman, berbeza ideologi dan tidak bermuafakat.

"Dalam banyak hal kita menyaksikan pertembungan kepentingan seperti apabila Naib Pengerusi DAP Johor menyatakan supaya pengundi cina jangan menyokong PAS, bagi kita baguslah...kita tahu PAS sebenarnya tidak berjuang untuk orang Islam," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pembinaan jejantas pejalan kaki di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Wen Hua di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Fernandez yang meminta bukan Melayu memikirkan dengan teliti sama ada mereka mahu memperjudikan masa depan mereka bersama PAS berikutan ikrar Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali untuk terus memperjuangkan agenda negara Islam jika pembangkang menang PRU-13.

Malah sebagai contoh di Melaka, Muhyiddin berkata anggota DAP di negeri ini turut menunjukkan ketiadaan kesepakatan apabila calon Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him turut bertanding sebagai calon Bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana menentang rakan seperti Lai Keun Ban dan calon BN Datuk Chiw Tiang Chai.

"Kemelut yang berlaku dalam parti mereka jelas terbukti, dalam hal sebegini (peletakan calon) pun ada masalah, tidak ada sepakat, apa yang sedang berlaku sudah dapat kita lihat tembelang dalam pakatan pembangkang," katanya.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata kemelut yang melanda pakatan pembangkang memberikan kelebihan besar kepada Barisan Nasional (BN) untuk memenangi pilihan raya pada 5 Mei depan.

"Bila dah dekat dengan tarikh mengundi ini kita dah nampak belang bagaimana parti pembangkang itu tidak ada kerjasama, muafakat, jadi kita dah dengar komen PAS yang marah apa yang DAP sebut, di kalangan pemimpin DAP sendiri pun tidak bersepakat dalam banyak hal, bagi saya ini petanda yang baik untuk berikan kemenangan besar kepada BN" katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain