Gagal Hadir Bicara, Uthayakumar Dikenakan Waran Tangkap - Semasa | mStar

Gagal Hadir Bicara, Uthayakumar Dikenakan Waran Tangkap

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap P. Uthayakumar kerana gagal hadir ke mahkamah pada perbicaraan kesnya pada Isnin.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azlina Rasdi supaya waran tangkap dikeluarkan terhadap peguam itu kerana gagal hadir pada perbicaraan kesnya iaitu menerbitkan satu surat berbaur hasutan di laman web 'Police Watch' enam tahun lalu.

Penjamin kepada Uthayakumar hadir ke mahkamah dan memberitahu beliau menerima sijil sakit peguam itu bertarikh 2 April hingga 17 Mei pada 4 April lepas, serta diminta menyerahkannya pada Isnin.

Pada 17 Disember 2007, Uthayakumar mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang didakwa dilakukan antara 15 November dan 8 Disember 2007.

Bagi kesalahan itu, Uthayakumar didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan dan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Uthayakumar akan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Andalas dan Parlimen Kota Raja pada pilihan raya umum 5 Mei ini. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.