suria

Calon MCA Bagan Cabar Guan Eng Berdebat

David Chua Teik Siang
David Chua Teik Siang
David Chua Teik Siang

BUTTERWORTH: Calon MCA bagi kerusi Parlimen Bagan, David Chua Teik Siang mencabar penyandang kerusi berkenaan, Lim Guang Eng untuk berdebat.

Chua yang juga Ketua Pemuda MCA bahagian Bagan berkata beliau mahu berdebat dengan Lim yang merupakan Setiausaha Agung DAP serta Ketua Menteri kepada kerajaan sementara Pulau Pinang mengenai isu pembangunan dan masalah sosial yang berlaku di Bagan.

"Debat ini akan mendedahkan prestasi Lim sebagai ahli Parlimen selama lima tahun lalu serta prestasi dua Exco Kerajaan Negeri, Phee Boon Poh dan Lim Hock Seng, yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Puyu dan Bagan Jermal.

"Saya juga ingin membawa isu serta masalah yang dihadapi oleh penduduk di Bagan Dalam serta prestasi penyandang kerusinya, A. Tanasekharan," katanya pada sidang media di sini pada Isnin.

Pada Sabtu, Chua melancarkan lima perkara yang akan diberi tumpuan dalam manifestonya.

Antaranya ialah membina 2,000 rumah kos rendah,memelihara budaya semua bangsa dan memelihara kebebasan bersuara, pendidikan, menjaga kebajikan masyarakat serta memerangi jenayah di Bagan.

Pada 21 April, Chua turut mencabar Hock Seng untuk berdebat di Dataran Demokrasi di Mak Mandin mengenai isu Rumah Hijau.

Bagaiamanapun, sesi debat berkenaan tidak berjalan lancar terutamanya apabila penyokong DAP menggangu perjalanan majlis berkenaan dengan insiden ejek-mengejek serta menjerit kepada penceramah.

Artikel Sebelum

Artikel Lain