suria

BN Tidak Pernah Pinggirkan Masyarakat Luar Bandar - TPM

Muhyiddin menyempurnakan pelancaran bekalan air luar bandar di perkampungan Felcra Bukit Kepong dekat Pagoh pada Isnin.- fotoBERNAMA
Muhyiddin menyempurnakan pelancaran bekalan air luar bandar di perkampungan Felcra Bukit Kepong dekat Pagoh pada Isnin.- fotoBERNAMA
Muhyiddin menyempurnakan pelancaran bekalan air luar bandar di perkampungan Felcra Bukit Kepong dekat Pagoh pada Isnin.- fotoBERNAMA

MUAR: Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah meminggirkan kepentingan keperluan asas dan kemudahan kepada penduduk di kawasan luar bandar demi kesejahteraan rakyat sejak 56 tahun memerintah negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perkara tersebut telah diterjemahkan, salah satunya melalui bantuan bekalan air bersih yang menjadi masalah utama penduduk di pinggir bandar.

"Dasar kerajaan yang tidak meminggirkan masyarakat luar bandar dimana rakyat mendapat pembelaan yang adil dan saksama.

"Kawasan luar bandar hari ini menjadi jauh lebih maju daripada dahulu, selain kita dapat menyelesaikan masalah bekalan air bersih akan terus diatasi secara berperingkat," katanya pada Pelancaran Bekalan Air Luar Bandar di Felcra Bukit Kepong, di sini, Isnin.

Tegasnya, kerajaan akan meneruskan dasar ini bagi membela nasib masyarakat luar bandar seiring matlamat kerajaan menuju negara maju dalam tempoh tujuh tahun akan datang.

Sementara itu, bagi masyarakat Felcra di sini masalah air yang membelenggu penduduk telah dapat diatasi dengan bantuan Syarikat Air Johor (SAJ).

"Felcra Bukit Kepong ini telah memproses air bersih untuk kegunaan penduduk di sini tanpa bantuan SAJ sejak 1979.

"Namun dengan peruntukan sebanyak RM10.6 juta diberi kerajaan dalam membantu penyaluran air bersih mulai esok (Selasa) daripada SAJ," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan pada penduduk Felcra agar tidak terpedaya dengan janji manis pembangkang yang menawarkan pelbagai kemewahan.

"Pembangkang menabur janji manis dengan menawarkan bulan, bintang dan matahari agar rakyat tertarik dengan manifesto mereka.

"Janji-janji yang mereka tabur boleh buat negara menjadi bankrap dalam tempoh dua tahun sahaja dan ini perkara serius," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain